*

Sabtu, 1 Oktober 2011

Aku Ingin Menjadi MURABBI..



"Wahai anak muridku. Biarlah setinggi mana pangkat kita, jangan sesekali  abaikan kasih sayang, jangan kerana 'material' dan wang ringgit kasih sayang kita gadaikan, sehingga jiwa kita menjadi terlalu rakus  dalam mengecap segala kemewahan dan kekayaan. Ini boleh menyebabkan jiwa kita gersang dan kosong apabila yang dihajati tidak dikecapi dan dimiliki. Seorang tokoh terkemuka pernah berpesan, saling sayang-menyayangilah kamu sesama manusia atau hidup ini tidak bermakna lagi."

Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu  ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat  maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Dah Baca Like ye..

Ciri-ciri Wanita Solehah

wanita muslimah Pictures, Images and Photos




  • Keluar dari rumah ketika ada mempunyai sesuatu hajat yang sangat perlu yang diharuskan oleh syara'
  • Menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syarak.
  • Tidak berjalan di jalan yang besar,sesak dengan orang ramai.
  • menundukkan pandangan dan mengekalkan sifat malu.
  • Berjalan dengan sopan,elakkan banyak bergurau senda di jalan.
  • Tidak bercakap tentang perkara yang sia-sia,hanya bercakap perkara yang perlu.
  • Tidak memakai bau-bauan ktika keluar rumah.daripada Abi Musa RA katanya bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda amksudnya:     Tiap-tiap mata yang memandang kepada yang haram dihukumkan telah berzina .Setiap wanita apabila memakai bau-bauan lalu dia melintas di suatu majlis yang ada di dalamnya lelaki yang bukan muhrim,maka dia telah dikira berzina."   -Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi
  • sentiasa merenung keaiban diri.
  • Mensyukuri nikmat Allah.
  • sabar menempuhi ujian Allah.
  • menjaga adab ketika berhadapan dengan suami,anak-anak,ibubapa,rakan-rakan,jiran dan masyarakat.
  • selalu tinggal di rumah.

DUNIA INI ADALAH PERHIASAN,DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH.
Dah Baca Like ye..

bg(*____*)