*
Isnin, 17 Oktober 2011
Selasa, 11 Oktober 2011
Kenali bentuk 3 Dimensi

Sfera.

- Sfera adalah bentuk yang bulat.Permukaannya yang melengkung sentiasa sama walau dilihat dari sudut mana pun.
- kubus

- Kubus mempunyai 6 sisi leper yang disebut permukaan rata.Semua saiz permukaan ratanya adalah sama.Apabila kubus ini dibuka dan dibentangkan,setiap permukaan rata mempunyai saiz yang sama.
Kuboid.

- Kuboid mempunyai 6 permukaan rata berbentuk segiempat tepat.Setiap permukaanya tidak sama besar.
Piramid

- Piramid terdiri daripada permukaan rata segitiga yang bertemu pada satu titik.Satu lagi permukaan rata menyambungkan bahagian bawah permukaan rata segitiga piramid.Permukaan ini biasanya asas piramid.Permukaan rata ini tidak semestinya berbentuk segitiga.
Kon

- Bentuk kon hampir sama dengan bentuk piramid.Kon mempunyai satu permukaan rata berbentuk bulatan pada satu hujung dan muka melengkung yang menjadi puncak pada hujung satu lagi.
Silinder

- Silinder mempunyai permukaan rata berbentuk bulatan pada bahagian atas dan bawahnya.Kedua-dua bulatan ini dihubungkan oleh permukaan melengkung.tebal disepanjang silinder adalah sama
Ahad, 9 Oktober 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : BENTUK 3 DIMENSI

Tema / tajuk : Bentuk.
Bidang pembelajaran : Bentuk 3 DimensiKumpulan sasar : 1 Bestari ( 30 orang)
Tarikh dan masa : 28 September 2011 ( 8.40-9.40 pagi)
Standart kandungan : Mengenali nama-nama Bentuk 3 Dimensi.
Standart pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan pelajaran.
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 nama bentuk 3 Dimensi.
2. Menunjukkan bentuk 3 Dimensi yang disebut oleh guru.
3. Menyatakan nama bentuk beserta bentuk yang betul.
<! more>
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
1. Memadankan gambar dengan bentuk 3 Dimensi yang betul.
2. Menyatakan perbezaan antara bentuk kubus dan kuboid.
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
1. Menunjukkan minat untuk mengaitkan objek di hadapan kelas dengan bentuk-bentuk yang telah dipelajari.
2. Menghargai bentuk-bentuk 3 Dimensi yang terdapat di sekeliling murid terutamanya peralatan sekolah.
Konsep utama : Bentuk 3 Dimensi mempunyai panjang,lebar dan tinggi.
Bahan,peralatan dan bahan sumber :
1. Bentuk kuboid : 1 unit
2. bentuk kubus : 1 unit
3. Bentuk piramid : 1 unit
4. Bentuk silinder : 1 unit
5. Bentuk kon : 1 unit
6. Bentuk sfera : 1 unit
7. Kotak ubat gigi berbentuk kuboid : 1 unit
8. Kotak kapur berbentuk kubus : 1 unit
9. Topi hari jadi berbentuk kon : 1 unit
10. Tin minuman berbentuk silinder : 1 unit
11. Bola berbentuk sfera ; 1 unit
12. Jam berbentuk piramid : 1 unit
13. Papan putih : 5 unit
14. Pen marker : 5 unit
15. Kad imbasan nama bentuk 3 Dimensi
16. Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari bentuk-bentuk asas 2 Dimensi semasa di prasekolah.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
fasa 1 : Permulaan / mencungkil idea ( 5 minit)
Isi kandungan : Mencari persamaan bentuk 3 Dimensi dengan bentuk di sekeliling
Nota : Strategi / teknik - penyoalan keseluruhan kelas.
Kemahiran berfikir - Menganalisis
Aktiviti :
- Guru menunjukkan kotak ubat gigi berbentuk kuboid,kotak kapur brbentuk kubus,topi hari jadi berbentuk kon,tin minuman beebentuk silinder,bola berbentuk sfera dan jam berbentuk piramid.
- Guru melekatkan gambar bentuk 3 Dimensi di papan hitam.
- 2 orang murid dipanggil untuk melekatkan gambar-gambar bentuk 3 Dimensi pada objek yang ditunjukkan oleh guru.
- Guru berbincang jawapan murid secara kelas.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.
Fasa 2 : Menstruktur / menstruktur semula ( 35 minit)
Isi kandungan : Mengenali nama-nama bentuk 3 Dimensi.( kuboid,kubus,kon,piramid,sfera,silinder)
Nota : Strategi / teknik - pembelajaran masteri
Sikap saintifik dan nilai murni - Bekerjasama dan prihatin
Bahan bantu mengajar:Bentuk 3 Dimensi,papan putih yang kecil,pen marken,lembaran kerja.
Bahan bantu mengajar:Bentuk 3 Dimensi,papan putih yang kecil,pen marken,lembaran kerja.
Aktiviti :
- Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 3 Dimensi satu persatu kepada murid-murid.
- Guru menampal nama-nama bentuk 3 Dimensi di papan hitam dan membimbing murid untuk meyebut dan mengeja nama-nama bentuk tersebut.
- Murid mengeja dan menyebut nama-nama bentuk yang dipelajari berulangkali secara kelas,berkumpulan dan individu.
- Aktiviti individu:
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid
- Murid dikehendaki memadankan gambar bentuk 3 Dimensi dengan bentuk yang sesuai.
- Guru menyebut warna tertentu untuk aktiviti murid.Contoh : semua murid dikehendaki memegang warna hijau.warnakan hijau bagi gambar berbentuk kuboid dan warna biru bagi gambar berbentuk sfera.
- Murid dikehendaki mewarnakan gambar bentuk 3 Dimensi berdasarkan warna yang disebutkan oleh guru.
- Guru menyemak jawapan murid.
5.Aktiviti berkumpulan.
- Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli.
- Guru memberikan papan putih kecil kepada setiap kumpulan bersama sebatang pen marker.
- Guru menunjukkan bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas.
- Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir menulis jawapan berdasarkan bentuk yang ditunjukkan oleh guru.
Fasa 3 : Aplikasi idea ( 10 minit)
Isi kandungan :Perbezaan bentuk kubus dan kuboid.
Nota : Strategi / teknik - pembelajaran masteri
Sikap saintifik dan nilai murni - prihatin
Kemahiran berfikir : menganalisis
Aktiviti :
- Guru menunjukkan bentuk kubus dan kuboid kepada murid-murid.
- Murid diberi masa 1 minit untuk berfikir tentang perbezaan bentuk kubus dan kuboid.
- Guru meminta murid untuk menganalisis perbezaan antara kubus dan kuboid.
- 2 orang murid dipanggil untuk menyatakan pendapat mereka tentang perbezaan antara kubus dan kuboid.
- Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Isi kandungan : menyatakan bentuk 3 Dimensi yang ada pada objek di sekeliling murid.
- Guru meminta setiap murid untuk mengenalpasti objek yang sama dengan bentuk 3 Dimensi.
- Murid diberi masa 1 minit untuk berfikir tentang bentuk yang ada disekeliling mereka.
- Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Fasa 4 : Refleksi / penutup ( 10 minit)
Isi kandungan :Menyatakan nama bentuk 3 Dimensi
Nota : Sikap saintifik dan nilai murni - bekerjasama, prihatin
bahan bantu mengajar : lembaran kerja.
- Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid.
- Murid dikehendaki menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan.
- Murid yang berjaya menjawab latihan dengan betul akan diberi aktiviti pengayaan dan murid yang lemah akan dibimbing dalam kumpulan.
- Guru menaksir kefahaman murid dengan memberikan kuiz pendek secara keseluruhan kelas.
- Murid menjawab soalan guru.

Sabtu, 1 Oktober 2011
Mari Mengira
Assalamualaikum....
Mari kita tonton klip video di atas..
Bersama-sama kita hitung dari satu hingga sepuluh..
JOM...!
Aku Ingin Menjadi MURABBI..
"Wahai anak muridku. Biarlah setinggi mana pangkat kita, jangan sesekali abaikan kasih sayang, jangan kerana 'material' dan wang ringgit kasih sayang kita gadaikan, sehingga jiwa kita menjadi terlalu rakus dalam mengecap segala kemewahan dan kekayaan. Ini boleh menyebabkan jiwa kita gersang dan kosong apabila yang dihajati tidak dikecapi dan dimiliki. Seorang tokoh terkemuka pernah berpesan, saling sayang-menyayangilah kamu sesama manusia atau hidup ini tidak bermakna lagi."
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Ciri-ciri Wanita Solehah
- Keluar dari rumah ketika ada mempunyai sesuatu hajat yang sangat perlu yang diharuskan oleh syara'
- Menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syarak.
- Tidak berjalan di jalan yang besar,sesak dengan orang ramai.
- menundukkan pandangan dan mengekalkan sifat malu.
- Berjalan dengan sopan,elakkan banyak bergurau senda di jalan.
- Tidak bercakap tentang perkara yang sia-sia,hanya bercakap perkara yang perlu.
- Tidak memakai bau-bauan ktika keluar rumah.daripada Abi Musa RA katanya bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda amksudnya: Tiap-tiap mata yang memandang kepada yang haram dihukumkan telah berzina .Setiap wanita apabila memakai bau-bauan lalu dia melintas di suatu majlis yang ada di dalamnya lelaki yang bukan muhrim,maka dia telah dikira berzina." -Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi
- sentiasa merenung keaiban diri.
- Mensyukuri nikmat Allah.
- sabar menempuhi ujian Allah.
- menjaga adab ketika berhadapan dengan suami,anak-anak,ibubapa,rakan-rakan,jiran dan masyarakat.
- selalu tinggal di rumah.
DUNIA INI ADALAH PERHIASAN,DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH.
Langgan:
Catatan (Atom)