Selasa, 11 Oktober 2011

Kenali bentuk 3 Dimensi





Antara bentuk-bentuk 3 Dimensi


Sfera.


  •  
  • Sfera adalah bentuk yang  bulat.Permukaannya yang melengkung sentiasa sama walau dilihat dari sudut mana pun.
  •  
  • kubus




  • Kubus mempunyai 6 sisi leper yang disebut permukaan rata.Semua saiz permukaan ratanya adalah sama.Apabila kubus ini dibuka dan dibentangkan,setiap permukaan rata mempunyai saiz yang sama.
  •  
  •  
Kuboid.


 
  •  
  • Kuboid mempunyai 6 permukaan rata berbentuk segiempat tepat.Setiap permukaanya tidak sama besar.
  •  
  •  
Piramid


  •  
  • Piramid terdiri daripada permukaan   rata segitiga yang bertemu pada satu titik.Satu lagi permukaan  rata menyambungkan bahagian bawah permukaan  rata  segitiga piramid.Permukaan  ini biasanya asas piramid.Permukaan rata ini tidak semestinya berbentuk segitiga.
  •  
  •  
Kon

  •  
  • Bentuk  kon hampir sama dengan bentuk piramid.Kon mempunyai satu permukaan rata berbentuk bulatan pada satu hujung dan muka melengkung yang menjadi puncak pada hujung satu lagi.

Silinder



  •  
  • Silinder mempunyai permukaan rata berbentuk bulatan pada bahagian atas dan bawahnya.Kedua-dua bulatan ini dihubungkan oleh permukaan melengkung.tebal disepanjang silinder adalah sama

Dah Baca Like ye..

Tiada ulasan:

bg(*____*)