*

Ahad, 9 Oktober 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : BENTUK 3 DIMENSI





Tema / tajuk                : Bentuk.
Bidang pembelajaran   : Bentuk 3 Dimensi
Kumpulan sasar          : 1 Bestari  ( 30 orang)
Tarikh dan masa         : 28 September 2011 ( 8.40-9.40 pagi)
Standart kandungan    : Mengenali nama-nama Bentuk 3 Dimensi.
Standart pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan pelajaran.
      1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 nama bentuk 3 Dimensi.
      2. Menunjukkan bentuk 3 Dimensi yang disebut oleh guru.
      3. Menyatakan nama bentuk beserta bentuk yang betul.
<! more>
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
     1. Memadankan gambar dengan bentuk 3 Dimensi yang betul.
     2. Menyatakan perbezaan antara bentuk kubus dan kuboid.

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
     1. Menunjukkan minat untuk mengaitkan objek di hadapan kelas dengan bentuk-bentuk yang telah    dipelajari.
     2. Menghargai bentuk-bentuk 3 Dimensi yang terdapat di sekeliling murid terutamanya peralatan sekolah.

Konsep utama                               : Bentuk 3 Dimensi mempunyai panjang,lebar dan tinggi.

Bahan,peralatan dan bahan sumber  :
1. Bentuk kuboid     : 1 unit
2. bentuk kubus       : 1 unit
3. Bentuk piramid    : 1 unit
4. Bentuk silinder     : 1 unit
5. Bentuk kon          : 1 unit
6. Bentuk sfera         : 1 unit
7. Kotak ubat gigi berbentuk kuboid   : 1 unit
8. Kotak kapur berbentuk kubus        : 1 unit
9. Topi hari jadi berbentuk kon           : 1 unit
10. Tin minuman berbentuk silinder     : 1 unit
11. Bola berbentuk sfera                    ; 1 unit
12. Jam berbentuk piramid                 : 1 unit
13. Papan putih                                  : 5 unit
14. Pen marker                                  : 5 unit
15. Kad imbasan nama bentuk 3 Dimensi
16. Lembaran kerja              

Pengetahuan sedia ada       : Murid telah mempelajari bentuk-bentuk asas 2 Dimensi semasa di prasekolah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :


fasa 1               :  Permulaan / mencungkil idea ( 5 minit)
Isi kandungan : Mencari persamaan bentuk 3 Dimensi dengan bentuk di sekeliling
Nota               : Strategi / teknik - penyoalan keseluruhan kelas.
                         Kemahiran berfikir - Menganalisis
Aktiviti  :

  1. Guru menunjukkan  kotak ubat gigi berbentuk kuboid,kotak kapur brbentuk kubus,topi hari jadi berbentuk kon,tin minuman beebentuk silinder,bola berbentuk sfera dan jam berbentuk piramid.
  2. Guru melekatkan gambar bentuk 3 Dimensi di papan hitam.
  3. 2 orang murid dipanggil untuk melekatkan gambar-gambar bentuk 3 Dimensi pada objek yang ditunjukkan oleh guru.
  4. Guru berbincang jawapan murid secara kelas.
  5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.
Fasa 2               :  Menstruktur / menstruktur semula  (  35 minit)
Isi kandungan : Mengenali nama-nama bentuk 3 Dimensi.( kuboid,kubus,kon,piramid,sfera,silinder)
Nota               : Strategi / teknik - pembelajaran masteri
                         Sikap saintifik dan nilai murni - Bekerjasama dan prihatin
Bahan bantu mengajar:Bentuk 3 Dimensi,papan putih yang kecil,pen marken,lembaran kerja.
Aktiviti  :
  1. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 3 Dimensi satu persatu kepada murid-murid.
  2. Guru menampal nama-nama bentuk 3 Dimensi di papan hitam dan membimbing murid untuk meyebut dan mengeja nama-nama bentuk tersebut.
  3. Murid mengeja dan menyebut nama-nama bentuk yang dipelajari berulangkali secara kelas,berkumpulan dan individu.
  4. Aktiviti individu:
  • Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid
  • Murid dikehendaki memadankan gambar bentuk 3 Dimensi dengan bentuk yang sesuai.
  • Guru menyebut warna tertentu untuk aktiviti murid.Contoh : semua murid dikehendaki memegang warna hijau.warnakan hijau bagi gambar berbentuk kuboid dan warna biru bagi gambar berbentuk sfera.
  • Murid dikehendaki mewarnakan gambar bentuk 3 Dimensi berdasarkan warna yang disebutkan oleh guru.
  • Guru menyemak jawapan murid.
     5.Aktiviti berkumpulan.
  • Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli.
  • Guru memberikan papan putih kecil kepada setiap kumpulan bersama sebatang pen marker.
  • Guru menunjukkan bentuk 3 Dimensi di hadapan kelas.
  • Setiap  ahli kumpulan akan bergilir-gilir menulis jawapan  berdasarkan bentuk yang ditunjukkan oleh guru.

Fasa 3               :  Aplikasi idea  (  10 minit)
Isi kandungan :Perbezaan bentuk kubus dan kuboid.
Nota               : Strategi / teknik - pembelajaran masteri
                         Sikap saintifik dan nilai murni -  prihatin
Kemahiran berfikir : menganalisis 
Aktiviti  :
  1. Guru menunjukkan bentuk kubus dan kuboid kepada murid-murid.
  2. Murid diberi masa 1 minit untuk berfikir tentang perbezaan bentuk kubus dan kuboid.
  3. Guru meminta murid untuk menganalisis perbezaan antara kubus dan kuboid.
  4. 2 orang murid dipanggil untuk menyatakan pendapat mereka tentang perbezaan antara kubus dan kuboid.
  5. Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Isi kandungan : menyatakan bentuk 3 Dimensi yang ada pada objek di sekeliling murid.
  1. Guru meminta setiap murid untuk mengenalpasti objek yang sama dengan bentuk 3 Dimensi.
  2. Murid diberi masa 1 minit untuk berfikir tentang bentuk yang ada disekeliling mereka.
  3. Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Fasa 4               :  Refleksi / penutup  (  10 minit)
Isi kandungan :Menyatakan nama bentuk 3 Dimensi
Nota               : Sikap saintifik dan nilai murni -  bekerjasama, prihatin
                        bahan bantu mengajar : lembaran kerja.
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid.
  2. Murid dikehendaki menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan.
  3. Murid yang berjaya menjawab latihan dengan betul akan diberi aktiviti pengayaan dan murid yang lemah akan dibimbing dalam kumpulan.
  4. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberikan kuiz pendek secara keseluruhan kelas.
  5. Murid menjawab soalan guru.

Dah Baca Like ye..

Tiada ulasan:

bg(*____*)